KEMERIAHAN BOOTH QAFA HAUS SEMASA PRA LETOP 2018
Sepanjang 29 March hingga 1 April 2018, Qafa Haus berada di Pra Letop yang diadakan di Indoor Stadium KSNHB, Berakas. Team Qafa Haus sempat beramah mesra bersama tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Suasana sambutannya sangat meriah dan ramai yang suka dengan koleksi premium terbaru kami iaitu Jubah Kameela dan Kaftan Radya.
Kami juga berpeluang mengumumkan Pemenang bagi CASH PRIZE BND50 & sebentuk CINCIN EMAS bagi bulan March secara langsung di sana. Cabutan bertuah tersebut diadakan khusus untuk Pelanggan Qafa Haus yang berbelanja bersama kami setiap bulan. Alhamdulillah pada hari ketiga Pra Letop (Sabtu, 31 March 2018) tepat pukul 8 malam, sesi pengumuman bagi Pemenang Cash Prize BND 50 berjalan dengan lancar dan Tahniah diucapkan kepada Puan Rosita bte Hj Ibrahim.
Pengumuman Pemenang Cincin Emas pula dijalankan pada 1 April 2018 iaitu pada hari terakhir kami berada di Pra Letop. Pada awalnya kami memilih 5 calon terakhir dan meminta mereka hadir bagi sesi Pengumuman Pemenang Cincin Emas tersebut dan tidak disangka akhirnya Pemenangnya adalah Pelanggan kami yang datang dari Malaysia. Tahniah kepada Nuurol Syakirah bte Mohd Zaki. Sememangnya rezeki tidak salah alamat.