Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 34 tahun.
Alhamdulillah, tahun ini Rakyat Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Kebangsaan kali ke 34 tahun. Dimana tema bagi tahun ini ialah “Menjayakan Wawasan Negara”. Hari Kebangsaan adalah hari yang amat bersejarah bagi warganegara Brunei, kerana ianya adalah hari memperingati kemerdekaan penuh Brunei daripada kerajaan British.
Tarikh asal hari kemerdekaan Brunei ialah pada 1hb Januari 1984 tetapi setiap tahun ianya akan disambut pada 23hb Februari.
Dengan ini, kami daripada team Qafa Haus ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 34 tahun.
Tiada lain yang dapat kami pohonkan buat hari kebangsaan ini selain daripada sentiasa mendoakan kesejateraan negara dan akan sentiasa berbakti untuk Kerajaan Kebawah Duli.