TIPS PAKAIAN SEMASA BERCUTI DI NEGARA MUSIM SEJUK

Bulan Disember adalah musim cuti panjang  di mana ramai orang ingin bercuti  ke luar negara bersama keluarga ataupun kawan rapat. Oleh itu hari ini, kami ingin kongsikan beberapa tips khas buat mereka yang ingin bercuti luar negara semasa musim sejuk. Antara tips tersebut adalah:
  1. Lapisan asas( Layer base)
Pakai base layer kerana ia sangat membantu anda dari memakai atau melapis banyak baju.  Disarankan untuk mendapatkan base layer di Uniqlo kerana  base layer mereka iaitu Heat Tech sangat bagus.

 

Walaupun ia nipis dan ringan tetapi ia membantu anda memanaskan badan. Malah ia juga tidak memakan space luggage anda.  Anda juga boleh dapatkan Long John ataupun Thermal wear.

 

  1. Baju & Jeans (baju biasa)

 Selepas memakai base layer, anda boleh pakai baju indoor seperti T-shirt biasa ataupun sweater dengan jeans. Disarankan untuk tidak memakai baju dan jeans yang terlalu ketat kerana takut menganggu aliran darah anda.

 

 

  1. Hoodie/ Jacket / Fleece

Anda boleh memakai jacket atau hoodie ataupun fleece jacket. Kami sarankan untuk memakai fleece jacket kerana ia ringan dan warm.

 

 

  1. Stokin Wool

Pakailah stokin jenis yang tebal seperti  wool. Anda juga boleh pakai Leg Warmer terutama sekali bagi mereka yang memakai seluar yang nipis. Jika anda pakai jeans jenis tebal, tidak pakai pun tidak apa.

 

 

  1. Winter Boots

Pakailah winter boots yang anti-slip supaya anda rasa selesa semasa berjalan di atas salji. Ia juga membantu memanaskan kaki anda.

 

 

  1. Lip Balm dan Lotion

 Kulit anda akan kering dan bibir akan pecah-pecah disebabkan cuaca sejuk. Anda perlu bawa lip balm dan lotion. Jangan lupa untuk banyakkan minum air panas atau suam untuk kekal  hidrasi.

 

 

 

Hope apa yang kami kongsikan kali ini bermanfaat kepada biskita semua.

Sumber info dan photo: Google

Ingat Fashion, Ingat Qafa Haus!