TIPS PEMILIHAN PAKAIAN UNTUK WANITA BERBADAN PEAR

Berapa kerap biskita selalu mengalami masalah memilih pakaian kerana tidak tahu adakah ia sesuai atau tidak apabila dipakai? Tidak semua pakaian yang ada itu sesuai dan mengikut bentuk badan setiap orang. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada biskita mengenai tips pemilihan pakaian untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis Pear.

Wanita yang berbadan jenis Pear ini memiliki  tubuh badan yang ukuran bahagian atasnya kecil dan ukuran pinggangnya sederhana lebar manakala pinggulnya pula lebih lebar dari ukuran bahu dan pinggangnya.Kebanyakkan wanita terutama wanita Asian memiliki tubuh badan jenis Pear ini dan mereka selalu mengalami masalah memilih pakaian yang sesuai untuk tampil cantik, kemas dan rapi.

Badan bentuk pear boleh dikategorikan kepada dua, iaitu:

  1. Pear Jelas
  • tingginya sederhana dan rendah, 150cm dan ke bawah.
  • lebih kritikal untuk mematuhi peraturan tips.
  1. Pear Tidak Jelas
  • tinggi, 160cm dan ke atas.
  • tidak begitu kritikal, boleh tidak mengikuti peraturan atau tips yang kami kongsikan.

Sebagai wanita, kita perlu jaga penampilan kerana Jika kita tidak praktikkn tips yang betul, orang akan ingat bentuk badan kita. kita tidak mahu orang ingat bentuk badan kita, kita mahu orang ingat personaliti kita, kualiti kita, value kita dan semua ini hanya berlaku apabila kita kenal diri kita sendiri.

Antara tips yang ingin kami kongsikan ialah:

  1. Berikan Tumpuan Ke Bahagian Atas Pinggang.

Pilihlah pakaian yang mempunyai perincian seperti drape, puff di bahu dan sebagainya. Ini kerana apabila ada perincian seperti drape, mata kita akan  tertumpu pada detail tersebut.

 

  1. Pilih Skirt A-line

Pilih rekaan ringkas dan kemas untuk skirt. Bagi wanita yang memiliki bentuk badan pear yang jelas, disarankan untuk elak dari memakai skirt yang sarat. Boleh pakai corak floral tetapi corak yang minimal sahaja dan pastikan labuh supaya nampak rapi, tidak ketat dan stretchy.

 

  1. Pilih Seluar yang Sederhana Longgar

Pilih seluar yang tidak begitu ketat dan begitu longgar. pilihlah yang sederhana longgar terutama seluar palazzo kerana jika terlalu lebar, ia boleh buat bahagian pinggul anda sarat dan lebar dari biasa.

 

  1. Pilih Warna Pakaian Yang Sesuai.

Dari segi baju atau blouse, pilih warna yang cerah dan terang supaya fokus mata tertumpu kepada bahagian atas anda. Apabila mata tertumpu pada bahagian atas anda, badan anda nampak seimbang.

Dari segi seluar atau skirt, pilihlah warna yang gelap seperti warna hitam, navy blue dan coklet kerana ia boleh membantu pinggul anda nampak lebih kecil dari biasanya.

  1. Jika Pakai Pakaian Ringkas, Pilih Gaya Tudung Yang Menarik.

Pilihlah tudung yang ada corak tetapi tidak terlalu sarat atau heavy sangat. Biar ada tekstur dan gaya lilitan.

  1. Pilih Kasut Jenis Pointy-Toed

Jika memilih kasut, pilihlah kasut jenis pointy-toed kerana ia boleh memberikan kesan kaki anda nampak lebih panjang.

 

Diharap biskita suka dan dapat memanfaatkan apa yang kami kongsikan terutama sekali bagi wanita yang berbadan bentuk Pear.

Sumber info dan photo: Google

Be Modest, Bold and Beautiful.

Ingat Fashion, Ingat Qafa Haus!

 

 


Share this post