WOMEN INSPIRATION OF THE MONTH (APRIL) - SAIDATINA AISYAH (RA)
Pada bulan ini, women inspiration menjadi pilihan kami adalah Saidatina Aisyah R.A. Saidatina Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq R.A merupakan seorang tokoh wanita muslimah yang sangat dikagumi dan dihormati di zaman Rasulullah S.A.W hingga sekarang. Ini bukan kerana beliau adalah salah seorang isteri Rasulullah S.A.W. sahaja tetapi dikenali sebagai seorang wanita yang bijaksana dan arif dalam bidang fiqh, faraid, tafsir dan hadis. Bahkan beliau selalu dijadikan tempat rujukan para sahabat Nabi S.A.W.
.
Keistimewaan Saidatina Aisyah tidak hanya berhenti dari segi kebijaksanaan beliau dari bidang ilmu sahaja tetapi beliau adalah seorang wanita yang tidak pernah lari dari tanggungjawabnya sebagai isteri Rasulullah S.A.W dan membantu Rasulullah S.A.W menyebarkan agama Islam. Selepas Saidatina Khadijah R.A., Saidatina Aisyah menjadi isteri kesayangan Rasulullah S.A.W.
.
Saidatina Aisyah R.A. dibesarkan dalam keluarga yang kuat agamanya malah beliau sendiri menerima didikan secara langsung daripada Rasulullah S.A.W sendiri memandangkan beliau bernikah semasa usia beliau masih muda. Selain itu, Saidatina Aisyah R.A juga merupakan seorang yang dermawan. Beliau sanggup menjual barang keperluannya sendiri semata-mata ingin membantu orang lain.
.
Beliau juga dikenali sebagai orang yang tegas dan berani dalam menegakkan kebenaran. Oleh itu, tidak hairanlah jika Saidatina Aisyah R.A merupakan salah seorang wanita yang sangat istimewa di hati Rasulullah S.A.W sehinggakan Rasulullah S.A.W sendiri bersabda
.
“Jangan sakiti aku dengan mengusiknya (kerana menyakitinya sama seperti menyakitiku). Sesungguhnya, wahyu tidak datang kepadaku sewaktu aku berada di bawah satu selimut dengan seorang wanita pun dalam kalangan isteriku, kecuali ketika bersama Aisyah.”
.
-Hadis Riwayat Bukhari.
.
Harap keistimewaan Saidatina Aisyah R.A. yang kami kongsikan minggu ini mampu memberikan awda inspirasi dan motivasi dalam memperbaiki keperibadian diri awda ke arah yang lebih baik. Amiin.☺
.
#womeninspiration #qhwomeninspirationofthemonth #qafahaus #modestboldbeautiful #bruneifashion #fashion #brunei #saidatinaaisyah